Zaman Kegemilangan Kedah 1993

3 Mei 2016

bola6-[Converted]

Antara zaman kegemilangan pasukan Kedah adalah dalam tahun 1993 bila menjuarai liga bahagian satu mengalahkan Pahang 3-1. Waktu itu saya duduk serumah dengan rakan dari Kedah iaitu Cikgu Zack dan Cikgu Lan. Selain dari itu Nikie dari Pahang dan Duan dari Perak.

Kartun yang saya hasilkan ini adalah karektor sebenar rakan-rakan serumah saya. Sudah 23 tahun berlalu dan kami sudah ‘lost contact’. Mungkin jadi rakan fb tanpa sedar atau mungkin ada rakan-rakan lain yang kenal mereka. Kartun ini paling mencuit hati saya kerana terlalu banyak nostalgia waktu kami tinggal serumah di Taman Len Seng Cheras.

Apa-apa sajalah, masa tidak boleh berputar kembali. Semoga kami akan ditemukan satu hari nanti.

ADEPUTRA


Kisah Pemain Tak Di Bayar Gaji

18 April 2016

bola4-[Converted]

Betul apa orang kata apa-apa kejadian dan isu yang dicatit tak kira dengan media apa sekalipun akan menjadi sejarah untuk generasi akan datang. Sejarah tidak menipu dan sejarah adalah untuk kita belajar menilai, memperbaiki atau mencontohi.

Kira-kira 23 tahun lalu, waktu liga Malaysia bertaraf semi-pro, ada isu pemain import yang tidak dibayar gaji oleh majikan (persatuan bolasepak negeri). Saya telah mencatitkannya melalui karya kartun yang diterbitkan di Utusan Malaysia. Masa berlalu, pemain-pemain zaman itu dah ada yang jadi Dato’ (pangkat) dan ada yang dah jadi Datuk (punya cucu).

Bola sepak Liga Malaysia sekarang ini adalah Liga Super Malaysia (Profesional). Masih ada pasukan yang belum bayar gaji pemain untuk musim tahun lepas 2015….

Apa-apa sajalah. Sekarang aku faham kenapa budak-budak Ultras Malaya panggil FAMB(Fam Bangsat), siap ada chant lagi.

ADEPUTRA

 

 


KISAH BOLA SEPAK SEMI PRO 1993

16 April 2016

bola9-[Converted]

TIADA LAGI PENAJAAN SYARIKAT ROKOK UNTUK SEMI PRO1994

Liga Semi Pro Malaysia bermula sejak tahun 1989 hingga 1993 dan penaja utamanya syarikat rokok Dunhill. Sebab itu dikenali sebagai Liga DunhillSemi-Pro Malaysia. Sejak 1994 Syarikat rokok tidak dibenarkan lagi menaja liga atas kesedaran penjagaan kesihataan. Mananya logik sukan bolasepak ditaja oleh syarikat rokok, walaupun dengar cerita ramai pemain yang sebenarnya merokok masa tu.

Masa tu kita mungkin berfikir syarikat apa yang mampu nak menaja bolasepak? Ramai peminat bolasepak tempatan yang bercerita pasal isu itu baik di warung, kedai mamak, pejabat juga di masjid waktu lepak-lepak tunggu waktu Isya masuk.

Sekarang sudah 23 tahun berlalu, bolasepak dah lalui bermacam perubahan. Dari undang-undang permainan, peralatan, latihan,  tektikel dan teknikal, sains sukan sehinggalah pemikiran dan falsafahnya. Cuma FAM je yang nampak susah nak berubah..

Apa-apa sajalah, yang penting layan je Liga Super Malaysia.

ADEPUTRA


Cinta atau hati yang buta?

28 April 2011

Pantun orang dulu-dulu:

Nasi lemak buah bidara,

Sayang selasih hamba lurutkan;

Buang emak buang saudara,

Kerana kasih hamba turutkan.

Maknanya kes naya sebab cinta dah berlaku sejak zaman dulu lagi. Seringkali orang dihidangkan dengan kisah-kisah masyarakat tentang ‘kebutaan cinta’ dari mulut ke mulut, karya agung, pentas bangsawan hinggalah filem 3D dekad ini.

Yang peliknya macam kes ‘cinta buta’ yang satu ni, walaupun dah bermacam-macam pendedahan dan kekesalan si mangsa disebarkan oleh media hingga pak menteri, masih ada yang ‘buta’ dan tak nampak.

Mungkinkah betul cinta itu buta? Sedangkan ramai yang menikmati ‘kecelikkan cinta’? Atau untuk kes-kes sebegini bukan cinta itu yang buta, mungkin lebih tepat lagi ‘buta hati’…

Nasi lemak buah bidara,

Ambilkan daun hamba serikan;

Buang emak buang saudara,

Nombor akaun hamba berikan.

Apa-apa sajalah, yang penting hati aku celik selalu.

ADEPUTRA


Macam Tak percaya!

24 April 2011

Ada banyak perkara kat dunia ni yang kita tak jangka dan seolah-olah tak percaya akan berlaku pada diri kita sendiri. Sebahagian daripadanya berlaku kerana kita tidak bernasib baik, dan sebahagian lagi kerana kebodohan kita.

Tapi selalunya (termasuk aku) akan mencari alasan bahawa kita tidak ‘bernasib baik’. Ye lah, sapa nak ngaku bodoh, tak gitu..

Aku pernah dengar satu pepatah, ‘Yang membezakan antara si bodoh dan si cerdik adalah ilmu pengetahuan’. Tapi macamana pulak dalam kes ‘conman’ ni, ramai jugak yang berilmu pengetahuan dan bergulung-gulung sijil kena kencing jugak? nampaknya tak semua pepatah boleh di guna.

Yang jelasnya kebijaksanaan boleh di padam oleh nafsu. Terutama perkara-perkara yang melibatkan wang ringgit. Jadi kalau begitu keadaannya, biarlah aku berpegang kepada satu lagi pepatah, ‘ kalau sesuatu perkara itu terlalu indah bunyinya, ada sesuatu yang tak kena’.

Apa-apa saja lah..yang penting aku nak mengingatkan diri aku sendiri..

ADEPUTRA


Apakah itu ‘Keldai Dadah’?

19 April 2011

“Keldai Dadah”, tak ada ke nama binatang lain yang boleh digunakan selain keldai? Kenapa tak guna kuda, lembu, atau gajah? Siapa yang mencipta istilah sensasi ini? Mungkin pihak media atau Polis? yang pasti istilah ini tiada dalam perumpamaan orang Melayu sebab ini perumpamaan baru.

Mungkin binatang keldai difikirkan sesuai untuk mengambarkan seseorang yang ‘tertipu’ oleh sindiket dadah antarabangsa. Macamana keldai selalu dikerah tanpa membantah untuk mengangkat beban yang berat, keldai juga dianggap sebagai binatang yang bengap dan bodoh. Jadi gambaran tentang situasi ini rasanya tak sedap nak aku coretkan lagi kerana ada di kalangan “Keldai Dadah” itu saudara dan taulan kita.

Untuk pengetahuan, di negara China sahaja terdapat 72 orang warga kita yang ‘dikeldaikan’ dan sedang ditahan oleh kerajaan China. Belum di campur lagi dengan lain-lain negara yang ada menahan keldai-keldai dari Malaysia. peliknya kes sebegini dah lama berlaku dan dapat liputan luas media, namun terus ada rakyat Malaysia yang ‘dikeldaikan’.

Melihat situasi itu aku rasa, aku nak berhenti dari berfikir untuk mencari nama binatang lain yang sesuai bagi mengantikan keldai. Rasanya memang keldai yang paling sesuai untuk jadi perumpamaan kepada mana-mana rakyat Malaysia yang jadi mangsa sindiket dadah.

Apa-apa sajalah, yang penting aku tak mau digelar dengan nama binatang…

ADEPUTRA


Betul ke nasi lemak punca budak sekolah gemuk?

18 April 2011

Katanya nasi lemak akan diharamkan penjualannya di kantin-kantin sekolah. Rasanya ada juga bagusnya. Cuma persoalannya tanpa nasi lemak, apakah makanan yang akan mengantikannya di kantin-kantin sekolah? Mee goreng? bihun goreng? burger atau cengkodok pisang?

Nasi lemak yang jadi ‘si kambing hitam’ kepada masalah kegemukkan kebanyakkan murid-murid sekolah di Malaysia. Betul ke budak ramai gemuk kerana makan nasi lemak di kantin sekolah? Atau sebenarnya apa yang mak-bapak suapkan melibatkan segala jenis makanan segera, ayam ternak injek, sosej-mosej dan apa-apa lagi yang cepat dan segera kerana mak tak ada masa dan bibik senang buat kerja?

Apa-apa pun aku lagi risau tengok perut sendiri….

ADEPUTRA